*** Support Channel Media Koleksi Kuliah Akhir Zaman
Dajjal merupakan satu makhluk yang akan memunculkan diri tatkala bumi menghampiri garisan penamat. Datangnya Dajjal memberikan alamat kiamat sudah dekat. Kebanyakkan video dan blog konspirasi menceritakan pelan kejahatan Dajjal dalam rancangannya menguasai dunia. Hasil kajian mereka ini sangat terperinci sehinggakan semua benda dikaitkan dengan Dajjal sehingga orang menjadi paranoid dengan semua ini.
Tapi mereka ada kekurangan di setiap penulisan atau video konspirasi tersebut. Mereka jarang atau tidak menekankan cara menghadapi Dajjal. Walaupun mereka membongkar setiap rancangan jahat Dajjal, dunia ini masih lagi dikuasai oleh orang-orang yang sombong. Oleh itu marilah kita menghayati kisah-kisah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah SAW. Garis panduan yang ada perlu dilakukan oleh kita setelah mengetahui Dajjal adalah fitnah terbesar di bumi.
1. Berpegang dengan Islam, mendalami keimanan dan ilmu tentang Islam
Apabila umat Islam mendalami ilmu tentang Islam mereka akan tahu Dajjal itu manusia yang mengaku tuhan. Dajjal adalah manusia hebat yang diberi kekuatan oleh Allah SWT. Ada hadis yang menunjukkan bahawa Dajjal itu manusia dan bukan tuhan. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak buta sebelah matanya. Ketahuilah Dajjal itu buta mata sebelah kanannya seperti buah anggur yang mengembung.” (HR Muslim).
Apabila Dajjal itu mengaku dia tuhan sedangkan keadaannya fizikal yang tak sempurna, bolehkah kita mempercayainya? Sedangkan kita tahu bahawa Allah itu maha sempurna. Malah semua orang beriman di hatinya walau hanya sedikit akan nampak di dahi Dajjal itu tulisan Ka Fa Ra (kafir). Ia boleh dibaca oleh semua orang beriman sama ada pandai membaca atau tidak.
2. Meminta perlindungan kepada Allah daripada fitnah Dajjal
Di dalam hadis daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud (dalam solat) hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara dan berdoa, ‘Allahumma inni a’uudzubika min adzaabi jahannama, Wamin adzaabil qabri, Wamin fitnatil mahyaa wal mamati, Waminsyarri fitnatil masiihid Dajjal. (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka jahanam dan seksa kubur dan fitnah kehidupan dankematian serta keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal).” (HR Muslim).
Comments
Post a Comment