Asbab Zikir Di Dengar Di Masjid Buatkan Dia Terpaut dengan Islam



Alhamdulillah diberikan peluang sebagai jalan hidayah utk sis M😊🀲
Rumah dia dekat dengan masjid, selalu dengar azan, zikir dan ceramah. Bila dia mengucap mudah saja baginya. Perkataan alhamdulillah, allahukabar sudah seperti lidah org muslim yang biasa berzikir.
Tatkala dia keseorangan, anak sudah besar, dia tinggal sendirian, dia sudah tidak ada masalah ikatan keluarga untuk buat keputusan sendiri. Takdirnya Allah datangkan Kak Rahmah dan team HDG untuk terangkan konsep tawheed dan mengajak dia kembali pada fitrah.
Dia asalnya seorang Hindhu, bila diterangkan tentang konsep tawheed dan kenabian dia mulai faham tentang Islam dan dia rasa selesa bilamana ajaran Veda dalam agama Hindhu juga mengajak pengikutnya menyembah Tuhan yang satu. 

Selepas dia bershahadah dia merasakan satu ketenangan yang dalam terpancar di wajahnya. Kemudian dia mengambil wudu'.😊
Selepas ini you boleh pergi masjid, boleh belajar solat di sana. πŸ˜Š
Tak mengapa ke? saya pergi sana?
Kan you sudah Islam.... you sudah shahadah tadi.. you boleh ikut solat
Ye....(wajahnya terpancar gembira)😊
Kak Rahmah terangkan rukun Islam dan apa tanggungjawap dan kelebihan yang dia dapat kalau dia berdaftar sebagai muslim di Jakim. Alhamdulillah dia bersetuju, utk bertemu minggu depan. Doakan semoga dia dipermudahkan urusannya dalam menimba ilmu agama.

Tidak sukar untuk dia menerima konsep tentang agama Islam, kerana dia sudah lama terpaut dengan zikir yang sering di rumahnya yang berdekatan dengan masjid. Mungkin ada sesetengah orang merasakan tidak perlu dibesarkan suara berzikir di masjid-masjid, tapi sedarlah ada insan-insan yang menerima hidayah asbab zikir yang sering didengari di masjid. Maha Suci Allah, dia insan pilihan Allah untuk menjemput ke syurgaNya. 

Kami perlukan sokongan anda😊
https://www.billplz.com/dawahglobal
Berikan sokongan utk kami
Bank Islam Humanity Dawah Global 12122010035101
Atau Maybank 164548233791 

Comments