Projek Dakwah Gelandangan, Remaja Terbiar dan Non Muslim






Kita mungkin rasa orang miskin ini malas mencari pekerjaan, susah nak berurusan dan ada banyak dosa sebab itu kifarah untuk mereka. Tapi bukankah Allah yang mentakdirkan dan tuliskan rezeki, ajal, dan jodoh masing-masing di luh mahfuz. Allah jadikan setiap orang berbeza warna kulit, bangsa, agama, harta ada yang banyak ada yang sedikit semuanya adalah ujian untuk kita semua. 

Pada yang berharta, ada sedikit hartanya yang perlu dibayar zakat dan Allah sangat suka pada golongan penderma dan dermawan. Allah letakkan mereka pada maqam yang tertinggi dan golongan yang dermawan ini lebih awal masuk syurga berbanding dengan ahli ibadah tapi masih sayangkan harta. 

Atas asbab dan kehendak dari Allah, Misi selamatkan golongan miskin dan tertindas ini terbina dan kami mencari mereka yang berada di gelandangan bandar. Kami membuka ruang untuk mereka menunaikan perintah Allah supaya menyerahkan harta kepada golongan yang benar-benar memerlukan. 

Progam selamatkan gelandangan homeless ini di waktu malam sekurangnya 2 kali seminggu untuk mendekati mereka, dan berikan ruang untuk mereka mencurahkan masalah. 

Kami adakan
*Street Dawah Homeless (Non Muslim)
*Sesi kaunselling 
*Sesi dakwah
*Steet ngaji.  

Sukarelawan hubungi
Sis Siti Rahmah 014 6377649

Lokasi di Chow Kit, dan Stesen Lrt KL, Jalan Tun Perak

Kami perlukan sokongan anda๐Ÿ˜Š

Berikan sokongan utk kami
Bank Islam Humanity Dawah Global 12122010035101
Atau Maybank 164548233791



Comments