Sumbangan Untuk Projek Dakwah Orang Asli dan Bukan Islam



Sentuhi jiwa dan sanubari nya...๐Ÿ˜Š begitulah antara teknik dakwah yang kami gunakan dalam berdakwah kepada orang asli di sini baru tadi. ๐Ÿ˜Š
Bila di dalam diri kita sentaisa ada rasa syukur dan redha, sebenarnya lebih mudah menerima hidayah. Begitulah ramai di kalangan orang asli mudah mendengar tentang Islam.

Tadi kami dari team Humanity Dawah Global dalam misi dakwah org asli, team kami ditugaskan utk ziarah rumah ke rumah dan membawa barang dapur, beehun dan biskut bersama pamplet dakwah. ๐Ÿ˜Š

Pertemuan dengan seorang gadis manis dan dia membuka pintu dan menyambut kedatangan kami. ๐Ÿ˜Š

Rupanya, itulah permulaan di mana dia bershahadah. Sebenarnya dia sudah lama suka pada Islam, tapi tidak ada orang yang dapat menerangkan dengan betul tentang siapa Allah dan para nabi utusanNya. ๐Ÿ˜Š

Beberapa kali Kak Rahmah terangkan tentang konsep tauhid, sehingga dia benar-benar percaya Allah itu wujud dan faham sifat Allah. Kemudian tentang utusan para nabi.

Kak Rahmah berkata. ๐Ÿ˜Š

Dik, Allah dah pilih adik untuk diberikan hidayah, dalam banyak-banyak rumah yang kami pergi, banyak yang tak tutup, tapi adik keluar dan sudi mendengar cakap akak.
Sebenarnya shahadah itu adik yang bercakap dengan Allah, akak hanyalah saksi.

Kemudian dia bershahadah.....

Bagaimana perasaan adik selepas shahadah?
Rasa happy, tenang, ๐Ÿ˜Š
-----
Begitulah ringkasan perbualan Kak Rahmah, sebenarnya sangat panjang, tapi diringkaskan konsep tauhid itu sangat penting, kalau kita tak yakin, bagaimana kita nak yakinkan orang. Bila kita yakinkan orang, sebenarnya kita yakinkan diri kita sendiri, dan selamatkan diri kita sendiri.
Maka sebab itulah kita kena berdakwah. ๐Ÿ˜Š


Dalam teknik dakwah ini, kami menggunakan konsep nama Tuhan. Mereka tidak mahu menyebut nama Allah. Mungkin rasa ada janggal di sisi mereka. Tapi tak mengapalah Tuhan itu Satu. Tuhan itu Pencipta sekian alam, memberikan rezeki. Sifat Tuhan itu berdiri dengan sendiri, kita sebagai makluk penciptaanya yang memerlukan Tuhan untuk sentiasa menjaga dan memberikan kita rezeki.
Kami banyak menekankan konsep dan asma'ul sifat Allah.Tawheed yang benar.
Insya Allah moga kanak-kanak ini akan mudah mengetahui jalan kebenaran.

Tauhid - Mengesakan Allah pada sifat Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya

Tauhid Rububiyyah
Beriman bahawa Allah sahaja memiliki, mencipta, mentadbir alam dan seluruh makhluk.
contoh = memberi nikmat, memuliakan menghinakan, sihat, sakit, hidup, mati.


Fitrah mengakui Rububiyyah Allah

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87)

“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9)


Tauhid Uluhiyyah
Beriman bahawa hanya Allah tuhan yang berhak disembah. Tidak syirik kepada Allah
Contoh : ibadah khusus = solat, zakat haji, puasa. ibadah umum seperti gotong royong,menuntut ilmu, berniaga

Sifat-Sifat Allah
Wujud, Dahulu dan Awal, Kekal, Berbeza dari makhluk, Berdiri dengan sendiri, Tunggal, Berkuasa.
Allah SWT menciptakan alam beserta isinya atas kehendak-Nya sendiri, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, meskipun pada hal yang tidak terlihat dan tidak terjangkau fikiran bagi kita. Hidupnya Allah tidak ada yang menghidupkannya melainkan hidup dengan zat-Nya sendiri kerana Allah Maha Sempurna, berbeza dengan makhluk yang diciptakan-Nya. Pendengaran Allah SWT berbeza dengan pendengaran makhluk–Nya kerana tidak terhalang oleh suatu apapun, sedangkan pendengaran makhluk-Nya dibatasi ruang dan waktu.Allah SWT melihat segala sesuatu yang ada di alam semesta ini . penglihatan Allah bersifat mutlak, artinya tidak dibatasi oleh jarak( jauh atau dekat) dan tidak dapat dihalangi oleh dinding (tipis atau tebal). Segala sesuatu yang ada di alam semesta ini, kecil maupun besar, tampak atau tidak tampak, pasti semuanya terlihat oleh Allah SWT.Allah SWT bersifat kalam ertinya Allah SWT berfirman dalam kitab-Nya yang diturunkan kepada para nabi dan rasul-Nya. Keadaan Allah Ta’ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.

Marilah kita bersama mengajak kepada kebenaran dan menghalang kemaksiatan. Tiada kemaksiatan yang paling besar selain dari SYIRIK. 
Dengan banyakknya syirik hidup kita tidak akan ada keberkatan dan negara akan mengalami masalah huru hara, gempa bumi, ribut taufan, banjir, kilat, kesempitan hidup, kemiskinan dan melaratnya berbagai jenis penyakit yang ada sekarang. Begitulah cara Allah menegur kita supaya laksanakan tanggungjawap kita umat islam sebagai khalifah di muka bumi ini dan meneruskan kerja Nabi Muhamad s.a.w untuk berdakwah dan menyampaikan mesej kebenaran dari Allah. Infakkan untuk progam dakwah orang asli, golongan miskin yang jauh pendalaman di seluruh Malaysia dan Asia. 

HUMANITY DAWAH GLOBAL 
BANK ISLAM 121220 10035101



Comments