Its Ok I'm Christ Girl


Bila kami memberi pamplet. dia dengan senang hati mengatakan "Its ok I'm Christ Girl"
Saya berkata pada maksu, maybe dia nak baca tentang Jesus in Islam.
Kebetulan dengan pertolongan Allah, dia datang kembali dan sempat maksu mengejar dan memberikan dia pamplet Muslim Love Jesus.

Catatan: Maksu FB: Murni Dawati Mahmood
“Hi, what is our purpose of life?” Mak Su menegur seorang gadis, sambil menghulurkan pamplet.

“It’s okay. I’m a christ girl.” Tolaknya dengan baik. Dia berlalu pergi. Ketika itu di tangan Mak Su tidak ada pamplet tentang Jesus. Satu pamplet pun dia tidak sudi ambil.

“Alamak, dia sudah ada tujuan hiduplah. Hidupnya untuk Jesus.” Adu Mak Su kepada sahabat, Siti Rahmah di gerai pamplet kami.

“Ambillah pamplet Jesus juga.” Pesannya. Itulah, Mak Su terlupa untuk mempelbagaikan pamplet di tangan. Lebih senang kalau ada banyak tajuk di tangan. Boleh keluarkan secara khusus, mengikut kepercayaan mad’u.

Mak Su kemudian mengambil pamplet Jesus. Move on. Teruskan tugas. Eh? Kami bertembung kembali berdekatan lampu isyarat. Girangnya dalam hati ini, lalu terus menunjukkan pamplet Jesus kepadanya.

“Sebenarnya, kami sayang Jesus juga. Sebagai seorang Nabi.” Jelas Mak Su.

Carmen dengan senang hati mengambil pamplet Jesus itu. Mak Su pun membuka pamplet Prophethood, menunjukkan carta Nabi-Nabi kepadanya.

“Ini, Jesus ada di sini. Bersama Nabi-Nabi yang lain. Ini Muhammad.” Tunjuk Mak Su.

Selepas itu Mak Su terfikir, Mak Su layan Carmen macam dia budak tadika lah. Tapi dia nampak gembira. Lebih-lebih lagi apabila Mak Su menyebut tentang Jesus.

“Oh, saya ingat you tak suka Jesus. Sebenarnya you all buat apa?” Soalnya.

“Kami di sini berkongsi maklumat tentang tujuan hidup kita. Juga nak beritahu kami tidak pernah tidak suka Jesus. Mungkin cara kita sayang dia tidak sama kan? Kami sayang dia sebagai seorang nabi. You sayang dia sebagai….”

Mak Su tidak sambung ayat. Mak Su pandang dia sehingga sempat Mak Su perhatikan giginya. Ini adalah soalan untuknya.

“Tuhan.” Jawabnya secara automatik. Namun, sudah sampai masa untuk dia melintas jalan. Agaknya dia sudah terlambat. Tadi dia pergi ke arah lain. Tersesat mungkin.

Walau bagaimanapun, dia sudi memahami Jesus dari sudut pandang Islam. Dia akan baca maklumat itu. Kerana Mak Su pesan betapa pentingnya kita saling memahami dan menghormati walaupun berbeza sudut pandang.

Sebenarnya, dia berlalu dengan senyuman.

Comments