Pengalaman Dakwah Malam Merdeka 2019

Quranic Hour and Street Dawah malam merdeka😊
---

Malam merdeka, ramai orang yang datang ke pusat bandar yang menyertai sambutan. Kak Rahmah pun tak faham apakah yang mereka cari-cari pada malam Merdeka. Kelihatan ramai anak-anak muda tak kira bangsa dari dan agama berkerumum, penyanyi jalanan. Asap rokok pun banyak dan menyesakkan.😊
Tugas kami hanya berikan pamplet pada orang ramai tak kira agama. Amal Maaruf Nahi Mungkar. πŸ˜Š
Kedatangan kami, sememangnya menganggu pada mereka muda mudi Islam yang datang dengan niat untuk lepakss dan bersuka ria. Kami pula bagi pamplet dakwah dan terangkan tentang surah Al Kahfi. Agak mencabar tapi akak sempat menerangkan pada dua orang gadis islam yang bertudung.
Mereka berdua dengarkan saja apa yang akak ceritakan tentang kepentingan dan kandungan surah Al Kahfi. πŸ˜Š









Moga-moga sempatlah dia balik awal dari merewang di tengah malam. 
Pada malam itu juga akak sempat berbual dengan seorang promoter chinese yang tidak mahu wajahnya disiarkan di facebook. Nampaknya dia penat lepas balik kerja, kami pun tak banyak nak cakap pasal islam kerena ia memberatkan otaknya utk berfikir. πŸ˜Š
Semenjak hari-hari ini, ada jurang pemisah perkauman, dia nampak takut dengan kami, tapi lepas berbual bersama-sama dia rasa selesa dan boleh sembang pasal dan Islam secara santai. πŸ˜Š
-
-
Street dawah ini di anjurkan oleh MRM πŸ˜Š

Comments