Pengalaman Dawah Bersama Orang Asli



Anak-anak itu ibarat kain putih yang bersih, ibubapa yang mencorakan samaada menjadi agama majusi, nasrani, yahudi atau islam. Begitulah petikan hadis Nabi Muhamad s.a.w.๐Ÿ™‚ Penduduk kampung ni, sudah biasa bergaul dengan orang melayu islam. Walaupun mereka duduk jauh ke dalam, ramai yang pernah berkerja di luar kampung. Ramai juga yang berkahwin dengan orang islam dan secara langsung memeluk Islam. Kak Rahmah sempat melihat perkahwinan orang asli dengan orang Islam dan secara itu mereka memeluk islam. Mereka pun tak ada masalah dengan perkahwinan dengan orang islam ๐Ÿ™‚ Nak tanya... Tok Batin di sini agama apa? Kristian ke? Eh! tak lah. dia tak ada agama ๐Ÿ™‚ Oh! begitu... Kat sini ramai juga yang tak ada agama. bagahagian atas sana ada lah agama kristian. ๐Ÿ™‚ Church kat mana? Itu kat atas sana. Tapi pastor nya orang sini, orang asli sini. Oh! begitulah ....๐Ÿ™‚ Itulah antara perbualan dengan orang kampung sini.
Orang-orang kampung asli di sini menganut agama fitrah iaitu percaya dengan adanya Pencipta sekian alam pada asalnya. Bila ditanya pasal agama, mereka berpedapat, agama itu adalah seperti agama Islam, Kristian, Buddha dan India. Sebenarnya kami ini terbuka pada sesiapa saja yang berbuat baik pada kami. Tak kisahlah orang Islam, Kristian atau Buddha ke? Eh! Buddha pun ada ke datang sini? Cina ada juga datang, nak tengok-tengok buat bisnes resort. Oh! Begitu...๐Ÿ™‚ Hari ini ada pergi Gereja? Hari ini tak pergi sebab korang semua datang ada, jadi kami tak pergi lah... Oh! begitu, terima kasih sudi datang. Kami datang sini program beramah mesra dengan penduduk sini. Islam itu bukanlah agama yang memaksa orang, cuma tanggungjawap saya sbg muslim utk berkongsi tentang Islam itu saja. Agama islam itu mudah saja... Allah itu Tuhan yang Mencipta sekiana alam, Dia Maha Agung, tidak ada anak dan tidak juga dia dilahirkan oleh Ibu atau Tuhan yang lain. Mudah saja DIa hanya Satu. Oh... Begitulah...sama saya pun percaya dengan Tuhan itu satu. Cuma saya dilahirkan dengan keluarga Kristian, saya ikut saja. Alhamdulillah, kita sama... percaya pada Tuhan yang Satu dan Pecipta sekian alam. Inilah kali pertama K Rahmah turut serta dalam berdakwah di kampung orang asli. Kak Rahmah sebenarnya tidak boleh nak bercakap panjang. Sebab atas dasar menghormati ketua di sini yang tidak benarkan berdakwah secara terangan. Tapi atas dasar fisabillah. K Rahmah bercakap juga. Sebenarnya tak banyak beza dengan orang di bandar. Malah mereka ni lebih terbuka. Moga kedatangan kami akan memudahkan mereka utk memeluk islam. Insya Allah, program ini akan ada susulan. Kali ini team dakwah islam datang untuk berikan imej positif dengan menjamu mereka makan, tengah hari, sarapan dan malam. Mereka sangat terhibur terutama kanak-kanak. ๐Ÿ™‚

Projek Sukaneka Kanak-kanak
Kanak-kanak berbaris mengikut kumpulan masing-masing

Pertandingan fesyen batik. Setiap kumpulan diberikan kain batik, Golongan dewasa juga turut serta utk membuatkan fesyen batik pada kanak-kanak. Inilah hasilnya.


Comments