Solat Hajad Untuk Buka Pintu Hidayah Marian

CERITA APRIL DALAM BULAN JULAI
(Writer: Maksu ).

12 Julai 2019:
April mendepakan tangan apabila nampak Mak Su dari jauh, sambil tersenyum lebar. Oh, nampaknya dia sudah sedia untuk berpelukan? Agaknya Mak Su yang mendepakan tangan terlebih dahulu. Dia cuma membalasnya. 
Dia nampak segar kali ini. Bukan seperti pertemuan kedua kami, ketika dia masih berpakaian kerja.
16 Jun 2019:
Hari pertama Mak Su ke street dawah lagi, selepas cuti raya. Memang lama tinggalkan street dawah. Dua bulan lebih. Yang kelakar, rasa macam malu bercakap pula. Tahap keyakinan diri macam turunlah sikit. ๐Ÿ˜…
Hari itu juga Mak Su bertemu kembali dengan Siti Rahmah. Semasa Mak Su di Jerteh dan di kampung, dia pernah kirimkan duit. Buat berbuka katanya.
Kebetulan hari itu Mak Su ada rezeki, Mak Su pula belanja dia top up touch n go. Dia nak ikut ke SD di Bandar Utama. Dia belanja Mak Su air mineral.
Tamak pahala gitu. Tidak cukup dengan sekadar usaha sendiri. Manalah tahu kan? Mungkin usaha sendiri itu diikuti dengan ujub, bangga diri ke, kita tak perasan. Jadi, pahala dakwah dari usaha orang lain pun nak juga. ๐Ÿ˜
Selesai program di Dataran Merdeka, kami tumpang seorang kawan untuk ke stesen MRT. Kebetulan kami diberhentikan di Bukit Bintang. Kalau nak senang kami ke SD di Bukit Bintang sahaja. Tapi Mak Su ditugaskan ke Bandar Utama. Memudahkan urusan orang mesti ada hikmahnya. Mak Su risau tidak cukup orang sahaja di Bandar Utama. 
Kami solat zohor di surau Lot 10, kemudian menaiki MRT ke Bandar Utama. Dia minta Mak Su jadi imam.
Rupa-rupanya hanya kami berdua sukarelawan perempuan di sana, pada hari itu. Mujur dia ikut. kalau tidak, mesti rasa janggal. Walaupun sebenarnya tidaklah janggal mana. Memang pernah pun dalam satu SD, Mak Su seorang sahaja yang perempuan. Tapi Mak Su hentam sajalah! Dah sampai pun kan?
Pada hari itulah kami berkenalan dengan April. Dia tidak dapat singgah lama, hanya meminta pamplet. Tapi sayangnya, kami tiada stok al-Quran untuk diberikan kepadanya. April meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. 
Sebelum pulang pada hari itu, kami solat asar berjemaah di surau MRT. Giliran Siti Rahmah pula mengimamkan.
Bertemu April pada hari itu, Mak Su rasa macam kami begitu diberkati Allah. Kerana April, seorang yang sedang mencari kebenaran. Boleh sahaja dengan kehendak Allah, April ditemukan dengan orang lain. Tapi Mak Su rasa persahabatan kami Allah berkati. Kami yang Allah aturkan untuk bertemu April.
Pada minggu seterusnya kami sudah ada bekalan al-Quran. Brother Jihadi Isa ingatkan Mak Su untuk beritahu April, al-Quran untuknya sudah ada. 
Oleh kerana pada hari itu Siti Rahmah yang menyapa/disapa April, Mak Su ingatkan dia pula untuk hubungi April. Supaya datang ambil al-Qurannya. 
Tapi April tidak dapat datang.
25 Jun 2019
Al-Quran untuk April ada dengan Mak Su. Kami bertemu bertiga di One Utama.
Siti Rahmah yang banyak melayan pertanyaan April. Sudah tentunya melalui whatsApp lagi. Mak Su hanya menemani dan membantu sikit-sikit.
Kebetulan kami berdiskusi di surau One World Hotel. Diskusi kami termasuklah soalan popular di kalangan wanita, poligami. Apabila masuk maghrib, kami ajak dia solat bersama.
Dia setuju dengan gembira. Siti Rahmah imamkan kami, dengan doa dalam bahasa Inggeris juga.
Kami ada ajak dia masuk Islam, sebab dia sudah percaya hanya ada Satu Tuhan. Jesus (PBUH) pula adalah nabi. Begitu juga dengan Muhammad (PBUH) sebagai nabi yang terakhir. Namun dia belum bersedia. Hidayah tidak boleh dipaksa.
Kemudian kami pergi makan malam. Kali ini kami berbual dengan lebih santai. Dari ceritanya, Mak Su tahu, dia dihampirkan dengan Islam kerana dia seorang yang baik hati. Dia sendiri perlahan-lahan berubah tidak suka berpakaian seksi, juga tidak suka makanan haram.
Dia juga sangat ambil berat tentang Mak Su walaupun baru kenal. Mak Su makan ubat pun dia tanya ubat apa. Kemudian dia pot pet pot pet. ๐Ÿ˜‚
Setelah itu, Siti Rahmah buat group whatsApp untuk kami bertiga. April tidak bertanya banyak soalan. Kami juga tidak penuhkan wall dengan bermacam maklumat. Siti Rahmah ada bertanya sekali, bila dia lapang untuk bertemu lagi. Namun dia sibuk.
Mak Su pesan, sekiranya dia ada sebarang soalan boleh terus tanya. Nanti apabila berjumpa, kami dapat bersedia dengan jawapan. Maklumlah, kami amatur. ๐Ÿ˜…
Dia jawab okay, tapi tiada soalan.
Kemudian kami diam, sibuk dengan urusan masing-masing. Pada fikiran Mak Su, bagus juga beri ruang kepadanya.
11 Julai 2019
Hampir ke pukul 4 petang dia ajak berjumpa hari itu. Dia tanya boleh tak jumpa di Serdang?
Mak Su tengah sakit gigi, hanya ingin rehat selepas pulang dari klinik. Malahan tempat yang dicadangkan juga jauh.
Mak Su tidak menjawab, menanti apa jawapan Siti Rahmah. Siti Rahmah juga tidak menjawab di group. Sebaliknya dia telefon Mak Su bertanya.
“Buatlah bising sikit di group.” Pesannya.
“Tak payah bising-bising. Yang penting kita doakan dia. Buat solat hajat.” Pesan Mak Su.
Namun, Mak Su rasa bersalah juga tidak dapat jumpa dia hari itu. Tapi, Mak Su tahu keupayaan Mak Su setakat mana.
Lalu Mak Su cuba tanya bila lagi dia lapang. Katanya esok hari. Dia akan ke KL Sentral dari Serdang, naik KTM.
Bagus, fikir Mak Su. Sekurang-kurangnya dia menunjukkan kesungguhan untuk bergerak. Bukan sekadar menunggu kami yang datang ke tempatnya.
Bukan itu sahaja bukti kesungguhannya. Dia beritahu, dia sudah hafal al-Fatihah, sepanjang kami tidak bertemu.
Dia sangat teruja untuk bertemu esok, sedangkan Mak Su masih menanti jawapan Siti Rahmah. Rupa-rupanya Siti Rahmah tidak dapat berjanji untuk datang. Tapi tidak mungkin Mak Su berkata ‘tidak’ kepada April. Entah bila lagi hari dia lapang.
Mak Su memikirkan gigi yang berdenyut, mampukah Mak Su bercakap panjang seorang diri dengan kesakitan ini? Mak Su berfikir, siapa yang boleh Mak Su ajak untuk membantu?
Teringat pula dengan kisah Nabi Musa. Dia yang minta izin agar dapat pembantu, abangnya Nabi Harun. Sebab dia kurang sempurna lisannya. Lalu Allah izinkan. Nabi Musa membawa Nabi Harun bersamanya, untuk mendakwah Firaun.
Mak Su nak cari siapa untuk membantu? Ada beberapa orang yang Mak Su terfikirkan. Tapi Mak Su berdoa agar Siti Rahmah dapat datang. Sebab dialah orang utama yang menguruskan kes ini. Biarlah dia uruskan terus-terusan.
Allah tahu rasa serba salah dan keresahan Mak Su, Siti Rahmah beritahu dia akan datang. Dia berpesan supaya Mak Su juga buat solat hajat.
12 Julai 2019.
Mak Su sampai awal. Sudah makan ubat tahan sakit, tapi gigi berdenyut nyut nyut.
Setelah Mak Su dan April berpelukan, segala kesakitan terus hilang. Kami jadi begitu mesra, berpegangan tangan menuju ke pintu lif.
Entah kenapa Mak Su rasa dia macam sahabat baik Mak Su yang dirindui, yang lama terpisah.
Malahan kami masih berpegangan tangan ketika masuk ke dalam surau. Setelah duduk di satu sudut pun, kami duduk rapat-rapat. Malahan bersilang tangan. Allah telah turunkan kasih sayang ke dalam hati kami.
Sementara menantikan kedatangan Siti Rahmah, April memperdengarkan hafazan surah al-Fatihahnya. 
“Wah! Pandainya! Siapa ajar?”
“Saya tonton di Youtube.” jawabnya. Sungguh dia berusaha. 
Oh, gadis ini sudah cukup dekat dengan Islam. Dia juga tahu makna bacaan al-Fatihahnya itu. Pada pertemuan lepas Siti Rahmah sudah menerangkannya. Erm, nak buat macam mana ni? Untuk menyentuh lagi hatinya. 
Mak Su pun teringat sesuatu. Mak Su cuba pendekatan psikologi. Mak Su cari video syahadah seorang mualaf yang dirakamkan tahun lepas.
Mak Su ingin mengutarakan persamaan. Kedua-duanya dari Filipina, gadis muda, tidak perlu sempurna. Seorang yang berpakaian seksi boleh sahaja bersyahadah setelah yakin dengan pilihannya. April pun tidak perlu tunggu-tunggu lagk kalau dia benar-benar pasti.
Di hujung video itu, jururakam memberitahu, “I think you made the right decision,” kepada Kate yang baru bersyahadah. Yes! Perkataan itulah yang Mak Su mahu ia menusuk ke hatinya.
“Dia pelancong? Kenapa dia bersyahadah?”
“Ya, sebab dia sudah percaya akan Tuhan hanya ada Satu. Dan Muhammad (PBUH) sebagai nabi yang terakhir.” Jawab Mak Su.
Mak Su hanya ingin menyentuh hatinya. Mak Su tumpukan kembali kepada permintannya untuk belajar solat.
Kami sama-sama baca al-Fatihah lagi. Kami tunggu kedatangan Siti Rahmah untuk solat sama-sama.
Mak Su memang mengharapkan kedatangannya cepat. Dia telefon, tidak jumpa surau. Katanya tutup. Sedangkan kami ada ramai ni kat dalam. (Rujuk catatan Siti Rahmah di bawah).
Sahabat kami sampai. Mak Su ditugaskan untuk menjadi imam. Solat zohor empat rakaat.
Selesai solat, Mak Su berdoa yang lazim dalam bahasa Arab. Hanya dua ayat dalam bahasa Inggeris. “Ya Allah, please give us all hidayah. Ya Allah, please give April hidayah and strengten her to embrace Islam.”
Kemudian, Mak Su mengusiknya. Kenapa sangat banyak bergerak dan kelam kabut semasa solat? Katanya dia terpijak kain. Mak Su ketawakan dia. Dengan gurauan Mak Su beritahu, apabila mengadap raja kita akan cuba bersopan. Inikan pula kita sedang mengadap Tuhan. Walaupun kita bermasalah, kena kawal pergerakan dan berhati-hati. 
Sampai ke peringkat serius pula. Kami bertiga duduk. Siti Rahmah bertanya, adakah dia percaya hanya ada Satu Tuhan? Ya, dia percaya dan yakin. Lalu Siti Rahmah mengajarnya kalimah syahadah yang pertama dalam bahasa Arab. Dia mengikut dengan rela. Kemudian, dia diterangkan maknanya dalam bahasa Inggeris, beserta penjelasan.
Kemudian dia ditanya tentang Jesus (PBUH), adakah baginda Nabi atau Tuhan? Sudah tentu dia jawab Nabi. Begitu juga dengan Nabi Muhammad (PBUH). Dia mengakui itu Nabi yang terakhir.
Lalu Siti Rahmah mengajarnya kalimah kedua syahadah dalam bahasa Arab. Kemudian diterangkan dalam bahasa Inggeris. Dia mengikut dengan senang hati.
Saat kedua-dua kalimah syahadah itu dilafazkan serentak, berderau rasa. Naik bulu roma. Walaupun ramai lagi yang lain di dalam surau itu, Mak Su rasa surau itu kami bertiga yang punya.
Setelah itu, Siti Rahmah menerangkan tentang rukun Islam dan rukun iman.
Kami berehat untuk makan. Selepas makan di medan selera, masuk waktu asar.
“Jom kita solat asar pula!” Ajak Siti Rahmah.

“Ya! Saya suka solat!” Jawab April dengan gembira. “Nanti hari cuti, saya nak duduk di rumah sahaja. Nak solat!” Tambahnya lagi.
“Dalam Islam, kita ada hubungan dengan Allah. Juga hubungan dengan manusia. Apabila lapang, kita boleh ziarah ibu bapa, keluarga, kawan-kawan.” Jelas Mak Su. Siti Rahmah pula menambah, yang penting mesti hormatkan kedua ibu bapa. 
“Solat asar nanti, pertama kali awak solat selepas menjadi muslim. Rasanya tentu istimewa.” Mak Su mengagak.
Giliran Siti Rahmah pula mengimamkan solat asar kami. Selepas itu, dia membacakan doa yang panjang dalam bahasa Inggeris. Sewaktu bersalam, Mak Su lihat mata dan pipi April kemerahan. Malahan bersinar. Ada cahaya di wajahnya. 
Betullah. Dia langsung tiada dosa. Seperti bayi. Lalu cahaya iman terpancar di wajahnya. Kami bertiga berpelukan.
Sebelum berpisah hari itu, dia menggenggam tangan Mak Su dengan mesra. Semoga Allah buatkan kami semua istiqamah dalam hidayah dan petunjuk-Nya.
——
Penulis: Siti Rahmah
Resah, Gelisah Gabra๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Dia wasap untuk bertemu pada hari itu juga, mungkin di dadanya tidak tahan untuk meluahkan rasa cinta pada Allah๐Ÿ˜. Tapi daku pula tidak diberikan kesempatan masa. Entah mengapa pada sehari sebelum itu aku disibukkan dengan aktiviti pindah dan kemas tempat lama. Hati rasa cemas tak tenteram dan gelisah. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ขJadi daku tidak dapat melayan permintaanya. Tapi sempatlah berbual dengan wasap supaya dia bersabar menunggu daku minggu depan.
Tapi takdir Allah, maksu tiba-tiba buat appoitment dengannya secepat besok pada hari Jumaat. Daku bagi tahu pada maksu, daku tidak boleh janji boleh datang besoknya. Hati ni masih lagi rasa tak selesa dengan masalah kemas dan kerja pembersihan. Rasa resah yang diselimuti syaitan yang membujuk agar daku tidak pergi berjumpa dengan Miss Marian. Tapi daku cuba melawan perasaan ini sebab minat dalam berdakwah dan berdoa agar daku diberikan kesempatan masa untuk berjumpa dengan Miss Marian. Insya Allah, daku akan cuba lagi buka kan pintu hatinya untuk memeluk Islam. ๐Ÿค—
Pada hari Jumaat itu daku sempat buat kerja pembersihan sedikit dan daku tinggalkan untuk kejar masa untuk bertemu maksu dan Miss Marian.
Daku tiba di KL Sentral, syaitan datang lagi menggoda dengan memasuk perasaan gelisah sehingga daku tak ingat di mana surau tingkat 4. Dua kali mundar mandir, sehingga ada cleaner yang boleh daku tanyakan lokasi surau๐Ÿ˜Ÿ๐Ÿ˜Ÿ. Walhal daku dah banyak kali pergi ke sana.
Bila tiba berjumpa mereka. Hati yang resah dan gelisah itu hilang, seperti ada malaikat yang datang menyambut.๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ subhanallah… Maksu juga ada sakit gigi daku pula sakit gelisah resah, semua ujian itu diharungi juga. Takdir Allah mengatasi segalanya. Mungkin Marian ini adalah “somebody” orang yang penting agaknya.๐Ÿง Belum pun masuk islam, dah boleh hafal al fatihah ๐Ÿ˜€Dah minat nak tahu solat, dan dia juga berpuasa penuh pada Ramadan 2019 Subhanallah….
Mungkin juga dia bakal menjadi asbab pembuka hidayah lebih ramai orang di kampungnya di Filipina, seperti apa yang dia cerita, dia seolah ada kemahuan untuk menyebarkan ajaran islam yang sebenar di kampungnya Mindanou, katanya Islam di sana lemah dan banyak terpengaruh dengan ajaran sesat. Kerjaya sekarang adalah seorang nurse di wad orang yang nazak, Mungkin juga asbab dia Islam amat ditakuti oleh syaitan kerana dia boleh menghalang kerja iblis menyesatkan manusia di saat-saat yang paling kritikal. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€.. semoga dia terus berdakwah. .Insyallah ameen.
Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (QS: Ali Imron 110)
ู‚ُู„ْ ู‡َู€ٰุฐِู‡ِ ุณَุจِูŠู„ِูŠ ุฃَุฏْุนُูˆ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„َّู€ู‡ِ ۚ ุนَู„َู‰ٰ ุจَุตِูŠุฑَุฉٍ ุฃَู†َุง ูˆَู…َู†ِ ุงุชَّุจَุนَู†ِูŠ ۖ ูˆَุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู€ู‡ِ ูˆَู…َุง ุฃَู†َุง ู…ِู†َ ุงู„ْู…ُุดْุฑِูƒِูŠู†َ
“Katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS:Yusuf : 108)

Comments