Hello, I am here to share about Islam
Tiba-tiba dia berhenti tatkala K Rahmah menadahkan payung untuknya. Alhamdulillah dapatlah bercakap dengan prospect di tengah keberkatan hujan.
Koniciwa..kami no quran kotoba.
Kak Rahmah ada pelajar bahasa jepun sedikit jadi mudah untuk kami memulakan perbualan.
Do you have religion?
Yes, buddhist Japan. I know this ..
Dia tunjukkan dalam phone dia ada gambar masjid negeri Shah Alam.
Oh! you went to the mosque? So do you like it?
Yes, Yes.
Nampaknya dia tak fasih dalam bahasa english. Jadi Kak Rahmah teruskan direct saja tentang Allah itu satu dan mengutus para nabi sebagai pemimpin dan utusan dari Allah.
Dia sentuju dan mengangguk. Tapi Kak Rahmah sudah faham dengan behaviour orang Jepun. Angguk tak semestinya setuju, tapi tanda hormat. Mereka adalah bangsa yang hormat pada orang lain, dan menepati masa.
K Rahmah pelik juga, bayangkan setiap hari ada puluhan orang Jepun yang melawat masjid, kalau nak dikirakan mereka yang sudah melawat masjid di Malaysia dari pelancong2 Jepun sudah menjangkau jutaan orang. Tapi.. populasi orang Islam Jepun sangat sedikit sedikit.
Masalah bahasa bukan lagi penghalang, kerana di masjid2 sejarah semua ada pamplet Jepun, Quran Jepun pun ada.
Jadi K Rahmah fikir mereka adalah satu bangsa yang mementingkan status sosial dan budaya. Islam ditengah-tengah keruntuhan dan semua yang buruk dan keganasan itu diletakkan pada Islam, maka agak sukar pada orang Jepun yang bangga dengan status budaya mereka untuk memeluk Islam.
Alhmadulillah, pada kita yang telah dikurniakan dengan nikmat Islam dan Iman.
Sumbangkan untuk aktiviti-aktivit dakwah supaya lebih ramai umat Nabi Muhamad s.a.w. Percayalah dengan jalan dakwah pada non muslim, semua orang akan dapat keberkatan dan orang kafir yang benci Islam akan berkurang dan kita sama-sama dapat nikmat. Berdakwah itu adalah wajib, kita tak mampu lakukan dengan sumbangan.
Comments
Post a Comment