Adakah dia percaya Jesus itu Tuhan, atau sebagai nabi atau sebagai penyelamat?



Bila saya nampak lelaki ini berbual dengan Maksu, saya datang cuba untuk menolong, cepatkan perbualan supaya masuk ke topik ketuhanan. Saya datang dan cuba bertanya tentang kepercayaannya. 
Adakah dia percaya Jesus itu Tuhan, atau sebagai nabi atau sebagai penyelamat. Dia kata kesemuannya dan dia percaya Jesus adalah Tuhan. 
Dirinya lebih terbuka untuk menerima pandangan dari sudut islam tentang kepercayaan Islam. Kami menerangkan bersama tentang konsep ketuhanan dalam Islam. 
Nampaknya dia boleh menerima, tapi dia perlu berfikir lebih dalam lagi 
Semoga dia diberikan hidayah. Perwatakan dia sangat baik dan jujur. 

Catatan Maksu: FB Murni Dawati Mahmood
Mak Su sendiri yang nampak Andrew tertoleh-toleh pada gerai kami.
Lalu Mak Su mendekatinya, menghulurkan pamplet.
"Ini pasal apa?" Soalnya, ingin tahu.
"Hari ini kami kongsi maklumat tentang Islam." Mak Su terus terang. Pelik juga sebab Mak Su tidak berdalih pun. Sebab kadang-kadang Mak Su akan beritahu, kami kongsi tentang tujuan hidup kita di dunia ini. Apa sebenarnya Jesus bagi kami. Tapi kali ini Mak Su straight to the point.
Rupa-rupanya dia teruja dengar perkataan Islam.
"Oh, kawan saya pun Islam. Tapi sudah **ti. You rasa dia pergi mana? Syurga ke?" Dia menyoal. Ada kesedihan dalam nada suaranya.
"Orang baik insya-Allah akan masuk syurga. You Islam?"
"Kristian."
"Oh, you mesti sangat sayangkan Jesus. You anggap dia Nabi atau...."
"Tuhan." Jawabnya dengan yakin.
Kemudian Khawlah Al Rahmah menghampiri kami. Dari perbualan mereka Andrew sebenarnya percaya Tuhan mesti tiada permulaan dan tiada akhir.
Mak Su beritahu, Jesus itu dilahirkan oleh Mary, bermakna dia ada permulaan. Dia juga akan meninggal dunia, jadi ada pengakhiran. Sebagaimana Mak Su bermula dalam tahun 1978. Juga Nabi-nabi lain telah bermula awal sebelum kelahiran Jesus (Nabi Isa).
Maksudnya Jesus itu diciptakan. Bukan pencipta. Tidak memiliki ciri Tuhan yang Andrew sendiri percayai.
Andrew juga bercakap tentang 10 arahan untuk berbuat kebaikan. Mak Su cuba mengheret perbincangan kepada, mesti buat kebaikan pada pandangan/arahan Tuhan.
Malahan, kita ada hubungan dengan Allah, dengan manusia, juga alam sekitar termasuk binatang.
Ada perbualannya dengan Siti Rahmah yang Mak Su tidak pasti. Tunggu dia tulis sendiri. ๐Ÿ˜
Kemudian Andrew bersedih lagi, menceritakan bapanya sudah meninggal.
"Kenapa Tuhan buat macam ini? Kawan saya meninggal (yang Islam). Bapa saya pun meninggal. Saya faham Tuhan mesti ada sebab sendiri. Tapi kenapa?"
"Memang begitu Tuhan ciptakan manusia. Allah nak tunjuk, hanya Dia yang kekal untuk you. Tempat you berdoa, tempat you minta tolong. Kita semua akan ma**. Hanya masa sahaja tidak sama. Mungkin kalau you yang **ti dahulu, kawan you sedih. Bapa you pula yang sedih. Lagi sedih kalau bapa atau emak kena hadapi anaknya yang meninggal dunia." Jawab Mak Su dengan panjang lebar.
"Kadang-kadang, kita terlalu bergantung kepada manusia. Ataupun, hubungan kita dengan manusia buat kita lalai perintah Tuhan. You pernah bercinta?" Mak Su bertanya.
"Pernah." Jawabnya.
"Okay, masa tu you pergi keluar dating atau you pergi church tanpa ponteng? Sebab itulah kadang-kadang Tuhan uji kita dengan kehilangan orang yang kita sayang. Supaya kita kembali kepada Dia." Terang Mak Su. Andrew mengangguk, tanda faham.
"Tuhan bagi you kehidupan, rezeki. Contohnya macam I bagi you hadiah. Tapi you tak kenal I. You cakap terima kasih pula pada sister ini (Mak Su). Apa yang I rasa?" Siti Rahmah buat analogi.
Dengan Andrew ini, kami kena banyak memujuk. Baginya Tuhan Maha Penyayang, tidak akan marah walaupun kita tersalah mengenal Tuhan.
"Betul. Tuhan tidak akan tunjuk marah serta merta. Dia bagi you masa untuk berfikir, kaji, kenal Tuhan. Tapi ada masa tamat juga. Macam Nabi Musa dan Firaun. Taubat sudah tidak diterima apabila nyawa sudah di hujung halkum." Siti Rahmah memberikan amaran.
Begitulah. Kami bawakan berita gembira, syurga untuk yang taat pada Tuhan. Tapi kami tidak boleh lupa memberikan amaran juga.
Andrew dibekalkan dengan bahan bacaan terutamanya berkaitan Jesus. Dia rela memberikan nombor telefonnya. Mak Su sudah menghubunginya. Kalau dia bersetuju, Mak Su akan jadi admin.
Admin group whatsApp untuk kami bertiga lah!

Comments