Oh, bunyinya tenang sekali. Macam Nisa Sibyan


Quran itu mukjizat, Pengubat, senjata, dan pembuka hidayah......๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜€

Mukjizat Al Quran
Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

Riwayat al-Hakim

Catatan dari Maksu: FB: Murni Dawati Mahmood

"Oh, bunyinya tenang sekali. Macam Nisa Sibyan. Bahasa arab ini kan?" Respons gadis dari Bali ini. Kami bagi dia dengar surah al-Fatihah menggunakan fon kepala.

"Ya, ini bahasa Arab. Petikan dari al-Quran. Surah al-Fatihah. Surah ini merupakan doa yang mesti dibaca setiap kali solat. Awak pun percaya Tuhan yang satu kan?" Soal Mak Su setelah dia dan kawan-kawannya mengakui beragama Hindu.

"Ya, tentu sekali." Jawabnya.

"Bagus. Kami pun percaya hanya ada satu Tuhan yang disembah, yang kita minta pertolongan. Tidak ada yang lain-lain lagi di sampingnya," Mak Su berhenti sejenak, pandangnya. Bagi memastikan dia juga mengakui yang tiada yang lain selain Tuhan. Dia angguk tanda setuju.

"Kami juga percaya kepada utusan-utusan Tuhan. Nabi-nabi yang bermula dari Nabi Adam. Tengok ni," sambung Mak Su, lalu membuka lembaran salah-silah nabi.

"Tahu kan Nabi Adam? Dia berkahwin dengan Hawa. Dari keturunan ini nabi-nabi lain diutuskan kepada umat tertentu. Semuanya membawa ajaran yang sama, iaitu percaya kepada Tuhan yang satu. Utusan yang terakhir ialah Nabi Muhammad (PBUH). Al-Fatihah yang didengari tadi merupakan intipati dari seluruh kandungan al-Quran, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, untuk kita semua." Terang Mak Su sedaya upaya. Dia mendengar dengan tekun. Selepas itu dia juga senang hati mengambil bahan bacaan kami.

Tapi Mak Su teruklah. 'Eye contact' tak berapa nak ada, haha pandang tempat lain. Namanya pun susah sangat nak ingat. Memang tak ingat. ๐Ÿ˜‚

Semoga Allah kurniakan kefahaman Islam buat dia dan kawan-kawannya. Pelancong dari Bali. Senang sikit, boleh cakap BM saja! ๐Ÿ˜
Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makahluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam . Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 8/4024)
---------------------------------------------------

Al-Quran kitab yang nyata lagi mudah. Firman Allah S.W.T:
ูَุฅِู†َّู…َุง ูŠَุณَّุฑْู†َุงู‡ُ ุจِู„ِุณَุงู†ِูƒَ ู„َุนَู„َّู‡ُู…ْ ูŠَุชَุฐَูƒَّุฑُูˆู†َ

Maksudnya:“Maka sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu(wahai Muhammad) moga-moga mereka mengambil pengajaran”.

(Surah Ad-Dukhan : 58)

Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata ayat Al-Quran dihafaz oleh ribuan sama ada lelaki , perempuan atau kanak-kanak. Inilah istimewanya yang tiada pada mana-mana kitab atau buku yang lain.

Al-Quran kitab zaman semuanya. Ia bermaksud kitab yang kekal yang bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi. Tetapi ia sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.
Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ia menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyriq dan hukum hakam.
Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah firman Allah S.W.T:
ุฅِู†ْ ู‡ُูˆَ ุฅِู„َّุง ุฐِูƒْุฑٌ ู„ِّู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ

Maksudnya: “Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam”.

(Surah At-Takwir : 27)

Comments