Dia Bersyahadah LA ILA HA ILLALLAH


Pertemuan akak dengan seorang pelancong dari Australia. Seorang pengembara bersama dengan keluarga, tapi bila dia datang melawat di Masjid Jamek. Kebetualan di datang seorang. Kak Rahmah memang selalu target pengembara wanita yang solo. Kalau solo memang mudah untuk didekati dan tidak ada masalah dengan kawan atau keluarga yang mendesak untuk mengakhirkan perbualan.
Alhamdulillah bila mana akak terangkan tentang sejarah masjid dan sejarah kuala lumpur secara ringkas, dia masih lagi berminat nak tahu pasal Islam.

Akak menerangkan tentang bacaan Al Fatihah cara solat dan nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah. Dia masih lagi berminat untuk mendengar. Sepertinya di hantarkan oleh Allah kepada akak untuk di Islamkan. Masya Allah.



Masa perbualan itu, kerap kali Kak Rahmah tanya, ada tak apa-apa soalan yang ada di fikirannya?
Dia jawap tiada, dia kata penerangan akak tentang islam bagus. Kemudian akak terangkan kepentingan solat iaitu satu pengambadian kepada Allah. Akak terangakan tentang rukun Islam. Dan bersahaja akak tanya kalau dia mahu cuba solat?

Yes... I really want to pray...
Ok, you still remember what I taught you about surah al fatihah? you just remember the meaning of the surah, I will recite this when we pray.
Sure.

Kak Rahmah, pun solat ba'diah zuhr, kemudian dia ikut segala pergerakan solat bersama. Setelah solat. Akak bertanya.

How do you feel?
Yes, love this i feel really peace.

Kali ini nampaknya Miss L lebih berminat tentang Islam, kak Rahmah bacakan surah Al Waqiah dan terangkan maksudnya. dan kemudian Kak Rahmah berikan maksud dalam surah itu tentang kenikmatan syurga dan balasan api neraka pada mereka yang ingkar.

You see, do you know the ticket to heaven?
What is it?
Its the syahadah. You just need to declare to God, theres is no God except 1 God, Allah.
Is Allah is God?
Yes, and the meaning of Allah is the Only One to be worship in arabic.
Do you want to declare to God?
Yes.
So you just say. I testify theres no God except 1 God, Allah. And said it in arabic to make it formal.

Kemudian dia bersyahadah Ashadu an LA ILA HA ILLALLAH (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)
.

Dia rasa ketenangan pada dirinya, sedangkan Quran yang terjemahan berada di dadanya.
Syaitan datang menggangu Kak Rahmah dengan memberikan keraguan akak pada Miss L. akak tak pasti mahu ajarkan dia kalimah terakhir Muhamad Rasullulah. Akak ragu-ragu dengan dia, adakah dia mampu menerima Islam. Syaitan membisik pada akak.

Alah! dia dah boleh keluar dari api neraka, ingatkan dalam hadis? Allah akan mengeluarkan mereka yang berada dalam neraka walaupun mereka ada iman seberat zarah dan mengaku Allah itu ada!
Dia dah selamat!!!

Kak Rahmah seperti mengikut kata hati, sedangkan Miss L masih lagi menunggu dan mennunggu hingga akak ucapkan kalimah yang seterusnya. Dia tersenyum dan merasai ketenangan yang tidak pernah dia alami sebelum ni. Solat Asar tiba dan dia solat asar bersama jemaah masjid. Dia ikut segala pergerakan itu, dan masih lagi menunggu hingga Kak Rahmah akhirkan perbualan.

Thank God, I came here, I was blurr and confuse, so God make me to meet you.
Actully I got to go.
Okay.. lets go together - kata Kak Rahmah
No, i want to be here and look around.
May Allah guide you.

See, dia tidak mahu beredar dari masjid dan mahu duduk lama di situ. Subhanallah.



-------
Semoga Miss L dapat melengkapkan Islam dalam dirinya. Akak ada mengambil phone, tapi agak sukar untuk berjumpa dan bertemu kembali. Kak Rahmah menyesal tidak melengkapkan syahadah dia! Bila pulang, kak Rahmah kena sakit tekak selama sehari. Agak sukar untuk membaca Al Quran, mungkin ada mesej yang Allah ingin sampaikan pada Kak Rahmah.
Astaqfirullah

Comments