Dia Kecewa Dengan Islam Sebab Kahwin Kena Tukar Agama


Hari itu hujan gerimis. Agak sukar untuk lakukan street dawah sebab tak ramai orang yang berada di jalanan. Kak Rahmah sempat berdoa tatkala hujan turun. Ya Allah Datangkan seseorang utk aku sampaikan...

Tiba-tiba pakcik ini datang. Pakcik ini seorang warga emas seorang chinese Malaysia, katanya dia asal Kedah. Dia fasih bercakap utara, Kak Rahmah pun terus tukar loghat utara. Dia pun berhenti dari berjalan terus. 
Uncle, ada percaya agama apa? 
Aku tak ada agama, semua agama itu suruh kita semua buat baik. 
Tapi uncle tak ada agama? 
Aku tak ada agama. Aku mau habaq, aku tahu Islam itu bagus, tapi satu aku tak suka. Bila aku nak kahwin mengapa aku perlu tukar agama? 
Jadi uncle dah kahwin? 
Aku tak kahwin sampai sekarang. 
Oh! begitu, jadi uncle ni bujanglah lah


Yalah, aku dah 70 tahun itu saja yang aku tak suka, aku kena masuk Islam kalau aku nak berkahwin dengan orang melayu. 
Oklah, mungkin uncle tak ada rezeki nak kahwin dengan dia. 
Uncle tak percaya ada Tuhan? 
Aku percaya ada Tuhan itu satu saja. 
Baguslah begitu uncle, dah sama dengan Islam ma...
Nabi Muhamad pun uncle percaya? 
Itu pun aku pecaya juga. Tapi semua agama pun ajak pada kebaikan punya. 
Memang betullah uncle. Tapi mesti ada satu yang betul-betul punya agama. Tapi uncle percaya Tuhan itu satu. Uncle percaya Tuhan itu ada anak? 
Mana boleh Tuhan itu ada anak!
Oh! kalau begitu uncle tak boleh masuk agama Kristian. Sebab Kristian pecaya Tuhan itu ada anak. 
Uncle pecaya Tuhan ada banyak? 
Itu pun tak betul, Tuhan itu satu saja....
Oh! kalau begitu uncle tak boleh masuk Hindu sebab itu agama ada banyak Tuhan wooo...
Jadi uncle percaya ada Tuhan
Ya lah...
Kalau dalam Buddha itu hanya way of life, tak ada Tuhan, jadi sudah lain woo.
Hanya satu saja yang sesuai untuk uncle , agama Islam 
Ya, aku tau itu agama betui punya, tapi aku tak ada sampai masa lagi. Aku pun tak tahu mengapa. Oklah aku nak pergi dulu. 

Begitulah ceritanya kisah uncle yang masih lagi menunggu hidayah. Sebenarnya hidayah itu perlu berusaha untuk mendapatkannya. Ramai orang ingat hidayah itu satu penantian dari Tuhan untuk membuktikan sesuatu. Tapi sebenarnya ianya bergantung pada diri sendiri. 
Insha Allah, Kak Rahmah doakan yang terbaik untuk uncle dari Kedah ini supaya diketemukan hidayah. 

Sumbangkan untuk aktiviti-aktivit dakwah supaya lebih ramai umat Nabi Muhamad s.a.w. Percayalah dengan jalan dakwah pada non muslim, semua orang akan dapat keberkatan dan orang kafir yang benci Islam akan berkurang dan kita sama-sama dapat nikmat. Berdakwah itu adalah wajib, kita tak mampu lakukan dengan sumbangan. 

Comments