Kat Rumah Dia Dah Ada Al Quran...tapi dia masih lagi belum islam



Hi, I just want to share with you something? 
Apa tu? (tiba-tiba dia jawap dalam bahasa) lebih mudah utk Kak Rahmah untuk sampaikan padanya
Ini tentang Quran dan Sains. 
Oh! ini saya sudah tahu kak. Saya biasa dengar orang masjid kasi dakwah saya. Ini pamplet pun saya ada. Kak datang Puchong sana, tengok orang sana aktif juga. 
Alhamdulillah... tak mengapa itu mereka yang kasi tahu, tapi cuba bro dengar akak cakap plak...
Oh! boleh saja. tak ada masalah, saya open dengan islam 
Boleh tahu you agama apa? 
Hindu. 

Kak Rahmah menerangkan sedikit mukjizat Al Quran dan sains dan kemudian Kak Rahmah terangkan tentang senarai nabi-nabi dan keturuannya dari Nabi Adam

Eh! ada nama saya!
Itulah nama kamu itu salah seorang nabi. Tapi itu dalam bible.
Saya pun tak tahu ini macam....
Alhamdulillah itu maksudnya you sudah dekat dengan kebenaran. 
Saya memang respect dengan orang Muslim, dulu saya belajar di UPM ada student luar negara ada dari Afrika, Arab, semua orang islam panggil brother, tapi cuba dalam sesama agama hindu, tak ada persaudaraan macam itu, kita ada kasta.  
Betul, apa yang you cakap, hanya Islam yang mementingkan persaudaraan seagama tak kira warna kulit, dan negara mana. Ini semua ajaran Nabi Muhamad s.a.w. Dalam Al Quran ada menyatakan, orang yang paling mulia adalah orang yang bertaqwa dan beramal soleh. Jadi kita tak boleh nak bezakan warna kulit, keturuan dan negara mana. Semuanya sama di sisi Allah, kecuali mereka yang dekat dengan Allah macam Nabi-nabi. 



You ada percaya pada Tuhan? 
Percaya, kami hindu memang percaya Tuhan. 
Tuhan itu hanya 1 tidak ada anak, tak ada mula dan tak ada akhirnya. Dia sentiasa hidup, tidak bergantung pada sesiapa dan pecipta manusia dan segala alam semesta. 
Ya, saya percaya. Dari dulu lagi saya percaya itu Tuhan satu saja.
Tuhan itu adalah Allah. dan dia ada 99 nama lagi Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Berkuasa.
Ya, saya tahu, saya percaya satu Tuhan 
Tapi.. mengapa you tak boleh cakap Tuhan itu Allah? Allah itu bermaksud "the One to Be Worship" dalam arab saja. 
Saya Percaya Satu Tuhan itu Allah. 
Alhamdulillah... Allah itu Maha Mendengar dia tahu apa yang ada di dalam dada bro.  

Kak Rahmah menceritakan tentang perjuagan Nabi Muhamad s.a.w dan bagaimana ujian dalam hidupnya dan kejayaan yang dicapai oleh baginda. Dia berasa kagum dan bersemangat. 

Now, I feel better. Thank you for motivate me. 
No problem bro, you see God send the message through the prophets. 

You percaya pada Nabi Muhamad s.a.w?
Ya, saya percaya pada dia.
Cuba you sebut betul .... segala perbualan ini adalah satu persaksian antara kita dengan Allah.
Ya, saya memang percaya Nabi Muhamad itu adalah prophet of God.
Masya Allah bro, secara zahirnya bro sudah muslim. Apa yang buatkan bro tak mahu teruskan ....
Itu kak saya belum ready lagi.
Masalah family ke?
Bukan kak, family saya open. Di rumah saya pun ada Al Quran, Adik saya rajin baca. Mak saya pun suka Islam.
Oh! tak mengapa insha Allah, akak doakan semoga satu masa nanti semua keluarga you boleh masuk Islam.
Insha Allah kak.
Alhamdulillah... you dah banyak kali cakap insha Allah... moga Allah bukakan pintu hidayah dan kuatkan iman kamu sekeluarga.
Ok kak terima kasih kak.

Kak Rahmah percaya Mr R secaya zahirnya sudah ada islam di hatinya dan keluarga nya juga meminati islam. Walaupun dia tak boleh nak bershahadah dalam bahasa arab, secara zahirnya dia sudah menerima Allah itu Tuhan yang satu. Moga dia dipermudahkan urusan sekeluarga utk memeluk Islam secara keseluruhan.

Sumbangkan untuk aktiviti-aktivit dakwah supaya lebih ramai umat Nabi Muhamad s.a.w. Percayalah dengan jalan dakwah pada non muslim, semua orang akan dapat keberkatan dan orang kafir yang benci Islam akan berkurang dan kita sama-sama dapat nikmat. Berdakwah itu adalah wajib, kita tak mampu lakukan dengan sumbangan. 

Comments