Dik, ada kawan bukan islam?
Ada... ada seorang kristian.
Ok, pernah tak adik berdakwah nak share pada kawan adik?
Tak pernah.
Kalau macam itu bagaimana cara kita nak berdakwah?
Kita boleh tunjukkan tauladan yang baik.
Oklah bila dia tengok rata-rata orang islam ni perangai yang tak elok boleh ke dijadikan tauladan untuk dia masuk islam?
Memang tak dapat kak.
Kalau begitu apa yang adik boleh katakan pada dia tentang Islam?
Kita boleh ceritakan tentang pengorbanan Nabi Muhamad s.a.w., kita orang islam ni ada Al Quran dan kita pakai kopiah.
Kalaulah adik cerita pada orang kawan adik yang Kristian itu pasal dakwah, Al Quran dan kopiah agak2 dia minat ke dalam islam?
Entah lah kak....
Oklah kalau macam itu, adik bagi aja pamplet ini. Kalau dia tanya, adik baca aja apa yang ada dalam pamplet ni. Tanya dia, adakah dia pernah baca bible?
Kat dalam pamplet ini ada quotation dari bible dan quran. Persamaan tentang agama kristian dan Islam.
- Kami percaya bahawa baginda Isa adalah salah seorang utusan Allah yang hebat
- Kami percaya bahawa baginda dilahirkan secara ajaib tanpa bapa yang mana ramai orang Kristian zaman moden tidak mempercayainya.
- Kami percaya baginda menghidupkan orang yang sudah mati dengan izin Allah. Kami percaya bahawa baginda menyembuhkan orang yang buta sejak lahir, dan orang-orang yang ada penyakit kusta dengan izin Allah.
Orang Kristan mengangap Jesus itu anak tuhan? Adakah dia benar-benar maksudkan anak Tuhan atau anak murid, anak didik ke?
Tidak patut bagi Allah mempunyai anak. Maha Suci Allah apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu Quran 19:35
-
-
Sumbangkan demi kerja-kerja dakwah dan kemanusiaan.
Comments
Post a Comment