Dari Muda Minat Islam, Pintu Hidayah Terbuka Pada Umur 61 tahun



Uncle apa yg buatkan uncle nak masuk Islam?😊
Sudah lama saya suka Islam, pernah dulu kerja bikin mimbar masjid. Tapi tak ada siapa yg mahu bawa saya kepada Islam. Orang kata suruh pergi Jakim, saya mana tahu pergi jumpa siapa?😒
Alhamdulillah kali ini uncle ada peluang😊

Sebenarnya apa yang dirancangkan oleh Allah itulah masa yang terbaik untuk uncle - kata bro Fardlil
Lepas ni kalau nak cari uncle kat mana? hanphone ada?
Handphone dulu ada, tapi sudah kena curi. Saya hari-hari ada sini, Mesti jumpa punya.

Matanya berkaca tatkala melafazkan syahadah. Riak wajahnya syahdu. Dia seorang warga cina yg ditinggalkan oleh keluarga katanya. Setiap malam dia tidur di depan restoran Korea, dia tiada kerja tetap. Tapi bila dia berbicara sungguh mantap ilmu tauhid dan keikhlasan.
Kedatangannya ke booth disambut oleh bro Fardhil Azri dan dia juga yg sempurnakan shahadah uncle C. Allah yg pilih bro Fardhil atas ke semua pendakwah yg lain, kebetulan dia baru balik umrah. Pasti ada amalan2nya yg dicintai Allah.
Kak Khawlah Al Rahmah bertanya...
Uncle suka nama Islam?
Boleh, uncle tak ada apa-apa, siapa yang shahadahkan uncle, dia boleh kasi nama pada saya.

Semua orang memandang ke arah bro Fardil, tapi dia tak berikan apa2 nama.
Tak mengapalah nanti ada masalah dengan family uncle kalau tukar nama kan...
Itu famili tak ada kaitan dengan agama, Agama itu tidak akan kacau hubungan keluarga.
Wah! uncle pandai, itulah ajaran Islam yang sebenarnya, uncle.
Kita pun hidup ini, perlu cari sama Allah. Hati kena bersih ikhlas, baru Alah kasi tolong. Hidup ini sementara saja.
Oklah begitu uncle, lepas ni uncle boleh la pergi solat.
Ini kasi ajar sama saya lah! saya pun mau tahu baca kitab.
hahaha.... betul2 uncle, insha Allah bro Fardil akan ajar sama uncle.
-----------
(Penulisan dari FB: Fardil Azri)


Walaupun dia baru memeluk islam tapi, dia sudah punyai pegangan orang yang ikhlas dalam ibadah.
Semoga Allah permudahkan urusan uncle untuk capai matlamatnya hingga ke syurga, Aamiin.
Uncle Lim seorang Cina sedikit berkumis dimuka turun dari Monorel terus disapa oleh Shaolin(kepala botak), lalu saya bertanya Uncle cina ke? Dia jawab "Ye" saya beritahu saya juga Cina mix Malay sambil berseloroh.

.
Terus saya tanya uncle Budha ke? Tanpa membuang masa Uncle Lim beritahu dia tidak percaya pada agama nenek moyangnya; "Sudah mati baru beri duit, baru beri kereta, tanam sekali..." sambil berseloroh katanya "Lebih baik beri pada dia lebih baik dia mati."
.
Sambung saya lagi jadi uncle percaya Tuhan tak? Tuhan ada berapa? Jawab uncle "Percaya, Tuhan Satu."
.
Tanya saya lagi, Uncle Lim percaya Nabi tak?

"Ya saya percaya, saya nak masuk ISLAM tetapi tiada siapa tahu macamana, yang mereka jawab JAKIM. JAKIM tu apa? dekat mana? Mana saya tahu."
.
Tanpa membuang masa terus saya beritahu Uncle sebab itu kami disini. inn shaa Allah kami bantu Uncle dari daftar kepada kelas-kelas pengajian yang berpandukan Al-Quran & As-Sunnah.
.
Kami pergi ke booth dawah, uncle bersyahadah dengan bersaksikan sahabat-sahabat kami. Uncle Lim meluahkan hasrat untuk ke pusat pengajian untuk mendalami ISLAM.
.
Uncle Lim seorang yang JELAS pemikirannya. Bertukar pemikiran dengannya membuatkan saya seperti sedang mendengar ceramah ustaz-ustaz.
.
Beliau beritahu saya:
.
1. Dunia ini anak, bini, harta segalanya akan ditingalkan, tanam jasad semata, lalu yang paling penting kembali kepada Tuhan.
.
2. Pertemuan ini kami dengan beliau adalah Takdir Tuhan. Dia selalu lihat kami disini paling kurang setahun-lebih kerana tahu lokasi dahulu kami sekitar sini, malah beliau pernah dapat phamplet kami. Kerap beliau ulang Takdir. Beliau memahami Takdir dengan cukup baik.
.
3. Beliau tahu & yakin ke"IKHLAS"an Tuhan akan pandu dia.
.
Begitu hebat orang Belum-Islam mempunyai keyakinan terhadap Tuhan-Nya.
.
Barang siapa yang bersangka baik terhadap pertemuan dengan Tuhan-Nya, Tidak sekali Allah SWT Akan Merugikan Mereka.
.
Dan barang siapa pula bersangka buruk terhadap pertemuan dengan Tuhan-Nya, Maka Kerugian untuk diri Mereka sendiri.
.
Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman:

" Aku bersama sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat."

(HR. Bukhari dan Muslim)
.
Tiada Rugi Bersangka Baik Dengan Tuhan.
Allah SWT Maha Besar Maha Suci Dia


Comments

Post a Comment